AMERIKA Syarikat (AS) menyokong Filipina yang membantah arahan China yang melarang aktiviti menangkap ikan perairan Laut China Selatan.
Jabatan Negara AS menyorot keputusan tribunal antarabangsa di The Hague pada 2016, yang menolak China bahawa hampir seluruh Laut China Selatan termasuk kawasan perairan berhampiran negara jiran sebagai wilayahnya.
“Moratorium tangkapan ikan di Laut China Selatan tidak selari dengan keputusan Tribunal Timbang Tara pada 2016 dan undang-undang antarabangsa.
“Kami menggesa China supaya mematuhinya,” kata jurucakap jabatan itu Ned Price di Twitter.
Selasa lalu, Filipina memanggil duta China berhubung pengumuman Beijing itu, serta dakwaan pengawal pantai Beijing mengganggu misi penyelidikan saintifik marinnya.
Setiap tahun China umum larangan aktiviti menangkap ikan pada musim panas.
China dan Filipina adalah negara yang terlibat dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan. – AFP, 3 Jun, 2022.
Komen