Delegasi India, kerajaan Taliban bincang isu bantuan kemanusiaan


Setakat ini India sudah menghantar 20,000 tan gandum, 13 tan ubat-ubatan dan 500,000 dos vaksin Covid-19 ke Afghanistan. – Gambar EPA, 2 Jun, 2022.

DELEGASI India akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan sementara pimpinan Taliban mengenai bantuan kemanusiaan India kepada Afghanistan.

Diketuai setiausaha bersama di Kementerian Luar Negeri, delegasi itu kini dalam rangka lawatan ke Kabul untuk memantau proses penyerahan bantuan.

Delegasi itu “akan bertemu dengan anggota kanan Taliban,” menurut kenyataan kementerian itu pada Khamis.

Selain itu, delegasi berkenaan juga akan bertemu wakil organisasi antarabangsa yang terlibat dalam pengagihan bantuan dan melawat kawasan projek India yang sedang dilaksanakan.

Setakat ini India sudah menghantar 20,000 tan gandum, 13 tan ubat-ubatan dan 500,000 dos vaksin Covid-19 ke Afghanistan. – Bernama, 2 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen