TENTERA Israel menembak mati seorang warga Palestin semasa pertempuran di Tebing Barat hari ini.
Ini merupakan rakyat Palestin ketiga terbunuh dalam tempoh 24 jam, kata kementerian kesihatan.
Keganasan meletus di kem pelarian Dheisheh dekat Bethlemen dan mangsa yang maut dikenali sebagai Ayman Muhaisen, 29.
He was the third Palestinian killed in 24 hours after a woman approaching soldiers with a knife was shot early Wednesday, and a man was killed in an Israeli raid in the northern West Bank later that day.
Pasukan keselamatan Israel meningkatkan operasi mereka di Tebing Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan melakukan serbuan hampir setiap hari.
Lewat Rabu tentera Israel melancarkan pencerobohan ke perkampungan Yabad di luar Jenin.
Kementerian kesihatan berkata selepas serbuan itu seorang lelaki Palestin meninggal dunia di hospital di Jenin. Dia dimasukkan dalam keadaan kritikal selepas ditembak dengan peluru hidup di dada dan paha.
Palestinian news agency Wafa said that six Palestinians were wounded in the Israeli raid.
Pada pagi Rabu, tentera Israel di selatan Tebing Barat menembak mati Ghofran Warasnah, 31, berhampiran Hebron.
Seramai 38 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat termasuk seorang wartawan Al Jazeera yang membuat liputan serbuan di Jenin dan orang ramai. – AFP, 2 Jun, 2022.
Komen