SEBANYAK 1,809 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 4,508,319, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Laman web CovidNow menunjukkan Selangor catat angka harian tertinggi iaitu 763 kes, diikuti Kuala Lumpur (386) dan Perak (151).

Sementara itu, menurut data GitHub KKM sebanyak dua kematian akibat Covid-19 dicatat semalam, iaitu satu kes masing-masing di Johor dan Melaka.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 mencecah 35,678 kes setakat ini. – 2 Jun, 2022.
Komen