KKM lapor 1,451 kes baharu Covid-19, 7 kematian


Lebih 4.5 juta kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Jun, 2022.

SEBANYAK 1,451 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 4,506,510, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Laman web CovidNow menunjukkan Selangor catat angka harian tertinggi iaitu 665 kes, diikuti Kuala Lumpur (287) dan Pulau Pinang (84).

Sementara itu, menurut data GitHub KKM sebanyak tujuh kematian akibat Covid-19 dicatat semalam, iaitu dua kes masing-masing di Selangor dan Kedah, manakala satu kes di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor.

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 mencecah 35,676 kes setakat ini. – 1 Jun, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen