Gempa bumi gegarkan Bandar Lampung


Gempa bumi 5.6 pada skala Richter berlaku 115 km Barat Daya Bandar Lampung, Indonesia pagi tadi. – Gambar fail EPA, 31 Mei, 2022.

GEMPA bumi dengan kekuatan 5.6 pada skala Richter berlaku 115 kilometer (km) Barat Daya Bandar Lampung, Indonesia pagi tadi, lapor Xinhua memetik Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa, dengan kedalaman 70.64 km, ditentukan pada 5.8913 darjah selatan dan 104.3239 darjah timur. – Bernama, 31 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen