Kementerian diminta percepat projek pembangunan, kata PM


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata setiap kementerian diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mei, 2022.  

SETIAP kementerian diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang berlangsung pagi ini.

“Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas.

“Dalam masa yang sama, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Beliau berkata dalam pada itu, intervensi segera juga akan diambil oleh agensi terbabit bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek-projek pembangunan. – Bernama, 31 Mei, 2022.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen