Itali mansuh sekatan kemasukan Covid-19


Itali tidak akan melanjutkan syaratn 'Pas Hijau' kepada pengembara yang ingin masuk ke negara itu. – Gambar EPA, 31 Mei, 2022.

ITALI pada Isnin mengumumkan pemansuhan syarat untuk menunjukkan bukti pengambilan vaksinasi koronavirus, pesakit baru sembuh atau ujian negatif sebelum memasuki negara itu.

Kementerian kesihatan mengumumkan syarat untuk menunjukkan apa yang dipanggil “Pas Hijau” untuk memasuki Itali tidak akan dilanjutkan apabila ia tamat pada 31 Mei.

Itali adalah negara Eropah pertama yang dilanda koronavirus pada awal 2020 dan mempunyai beberapa sekatan paling ketat, termasuk mewajibkan semua pekerja menunjukkan Pas Hijau.

Apabila kes semakin berkurangan dan majoriti penduduk divaksin, kebanyakan langkah ditarik balik walaupun pelitup muka masih diperlukan dalam pengangkutan awam dan di sekolah.

Itali pada Isnin mencatatkan 7,537 lagi kes dan 62 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 166,631, menurut data kementerian kesihatan. – AFP, 31 Mei, 2022.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen