Sudan tarik semula perintah darurat seluruh negara 


Pengerusi Majlis Berdaulat Peralihan Sudan Abdel Fattah Al-Burhan mengeluarkan dekri menarik balik perintah darurat seluruh Sudan.– Gambar EPA, 30 Mei, 2022.

PENGERUSI Majlis Berdaulat Peralihan Sudan Abdel Fattah Al-Burhan pada Ahad mengeluarkan dekri menarik balik perintah darurat di seluruh negara.

Arahan itu dibuat bertujuan “menyediakan suasana untuk dialog yang boleh capai kestabilan bagi tempoh peralihan,” lapor Agensi Berita Xinhua memetik majlis itu.

Sudan mengalami krisis politik selepas Al-Burhan, yang juga komander am Angkatan Bersenjata Sudan, mengisytiharkan darurat pada 25 Oktober 2021 dan membubarkan majlis itu dan kerajaan.

Sejak itu, ibu kota Sudan, Khartoum dan bandar-bandar lain menyaksikan protes berterusan menuntut untuk mengembalikan pemerintahan awam. – Bernama, 30 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen