1,155 kes baharu Covid-19, 5 kematian


Alfian Z.M. Tahir

MALAYSIA semalam mencatatkan 1,155 kes baharu Covid-19 yang menunjukkan penurunan sedikit daripada 1,877 kes yang dicatatkan sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan.

Dengan kes baharu pada Ahad, keseluruhan kes kini mencecah 4,503,734 jangkitan sejak wabak itu bermula pada 2020.

Terdapat tiga kes import daripada 1,155 dan bakinya adalah jangkitan tempatan.

Kes pulih sekali lagi mengatasi jumlah kes baharu dengan 1,975 kes pulih direkodkan menjadikan jumlah kes aktif di Malaysia sebanyak 24,393.

Kementerian itu berkata 23,403 atau 95.9% individu dikuarantin di rumah manakala 17 orang atau 0.1% dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

KKM berkata 9939 atau 3.8% pesakit dimasukkan ke hospital dengan 34 wad di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara manakala 18 lagi memerlukan alat sokongan ventilator.

Pada Ahad lima kematian dilaporkan dengan seorang merupakan kes kematian di luar hospital.

Lima maut dilaporkan di Sarawak (2) diikuti oleh Perak (1), Perlis (1) dan Selangor (1).

Jumlah kematian akibat Covid-19 kini berjumlah 35,665 orang.

Pada Mei sahaja 118 kematian dilaporkan. – 30 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen