Wanita Afghanistan protes minta pendidikan dan bekerja


Wanita Afghanistan semasa protes terhadap arahan Taliban supaya wanita memakai burqa ketika berada di khalayak ramai di Kabul, Afghanistan, pada Mei lepas. Hari ini puluhan wanita berkumpul sekali lagi di ibu negara bagi menuntut wanita dibenarkan bekerja dan mendapatkan pendidikan. – Gambar EPA, 29 Mei, 2022.

PULUHAN wanita Afghanistan melaungkan “roti, kerja, kebebasan” di ibu negara Kabul pada Ahad sebagai protes menentang sekatan keras Taliban terhadap hak mereka.

Sejak merampas kuasa pada Ogos, Taliban telah menarik balik usaha kecil dibuat terhadap wanita negara itu sejak dua dekad campur tangan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.

“Pendidikan adalah hak saya! Buka semula sekolah!” laung penunjuk perasaan, ramai daripada mereka bertudung menutup muka, ketika berkumpul di hadapan kementerian pelajaran.

Penunjuk perasaan berarak sejauh beberapa ratus meter sebelum bersurai ketika pihak berkuasa mengerahkan pejuang Taliban dengan pakaian biasa, lapor seorang wartawan AFP.

“Kami mahu baca deklarasi tetapi Taliban tidak benarkan,” kata penunjuk perasaan Zholia Parsi.

“Mereka merampas telefon bimbit beberapa gadis dan juga menghalang kami daripada mengambil gambar atau video bantahan kami.”

Selepas merampas kuasa, Taliban telah menjanjikan pemerintahan Islam versi keras dalam tempoh pertama mereka berkuasa dari 1996 hingga 2001.

Tetapi banyak sekatan telah dikenakan.

Puluhan ribu gadis dinafikan ke sekolah, manakala wanita dihalang kembali bekerja sebagai penjawat awam kerajaan.

Wanita juga dilarang melancong bersendirian dan hanya boleh mengunjungi taman awam dan taman di ibu negara pada hari yang berasingan daripada lelaki.

Selain itu Taliban juga telah melarang protes yang menggesa hak wanita malah menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membatalkan sekatan itu.

Beberapa wanita Afghanistan pada mulanya menolak sekatan, mengadakan protes kecil.

Tetapi Taliban tidak lama kemudian menangkap ketua kumpulan itu. – AFP, 29 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen