Pesawat bawa 22 orang hilang di Nepal


Pesawat Tara Air dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Nepal. – Gambar AFP, 29 Mei, 2022.

SEBUAH pesawat penumpang membawa 22 orang yang dalam perjalanan ke kawasan pergunungan Nepal hilang pada Khamis, kata syarikat penerbangan.

“Sebuah penerbangan domestik dari Jomsom ke Pokhara hilang hubungan,” kata jurucakap Tara Air Sudarshan Bartaula kepada AFP.

Menurutnya, pesawat itu membawa 19 penumpang dan tiga anak kapal. – AFP, 29 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen