Bot nelayan dan kapal tangki berlanggar, 7 dilapor hilang


Filipina, negara dengan lebih 7,000 buah pulau mempunyai rekod keselamatan maritim yang buruk. – Gambar AFP, 29 Mei, 2022.

PASUKAN mencari dan menyelamat melancarkan misi di Filipina hari ini bagi mencari tujuh orang yang hilang selepas pelanggaran antara sebuah bot nelayan dan kapal kargo, kata pihak berkuasa.

Bot nelayan Filipina dan kapal kargo MV Happy Hiro didaftarkan di Kepulauan Marshall berlanggar di timur Kepulauan Palawan, kata Pegawal Pantai Filipina.

Bot nelayan itu kemudiannya karam di Laut Sulu, kata jurucakap pegawal pantai Commodore Armando Balilo.

Tiga belas daripada 20 anak kapalnya berjaya diselamatkan oleh sebuah lagi bot nelayan sebelum dipindahkan ke Happy Hiro.

Mereka mengalami kecederaan ringan.

Pegawal pantai sudah menggerakan pasukan menyelamat untuk mencari tujuh lagi awak-awak yang hilang.

Filipina, negara dengan lebih 7,000 buah pulau mempunyai rekod keselamatan maritim yang buruk.

Aspek keselamatan bot untuk menangkap ikan dan membawa penumpang seringkali diabaikan.

Pada Isnin, tujuh orang maut dan 127 lagi diselamatkan selepas kebakaran berlaku di sebuah feri yang memaksa penumpang terjun ke laut.

Feri dengan kapasiti 186 orang itu berada satu kilometer dari Real, di daerah Quezon di Kepulauan Luzon ketika kebakaran tercetus. – AFP, 29 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen