Victoria's Secret bayar pampasan AS$8.3 juta kepada pekerja Thai


Victoria's Secret mengesahkan persetujuan dicapai untuk membayar pampasan tetapi ia tidak menyatakan jumlah sebenar. – Gambar Facebook, 28 Mei, 2022.

LEBIH 1,000 pekerja pakaian dalam Thailand untuk sebuah kilang membekalkan pakaian dalam gergasi Victoria’s Secret, yang dipecat sudah menerima pampasan bernilai AS$8.3 juta (RM36.34 juta).

Victoria’s Secret dalam satu kenyataan mengesahkan persetujuan sudah dicapai tetapi ia tidak menyatakan jumlah sebenar.

“Selama beberapa bulan kami berkomunikasi secara aktif dengan pemilik kilang untuk memudahkan penyelesaian.

“Kami kesal mereka akhirnya tidak dapat menyelesaikan perkara ini sendiri, jadi untuk memastikan pekerja menerima jumlah pemberhentian penuh, Victoria’s Secret setuju untuk memberi dana pemberhentian kepada pemilik kilang,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Brilliant Alliance Thai menutup kilangnya di Samut Prakan pada Mac 2021 selepas muflis, tetapi 1,250 pekerja yang diberhentikan tidak menerima bayaran pemberhentian yang dimandatkan di bawah undang-undang Thailand.

Kilang itu juga mengeluarkan seluar dalam untuk jenama Amerika bersaiz besar, Lane Bryant dan Torrid, yang dimiliki oleh Sycamore Partners, tetapi hanya Victoria’s Secret menyumbang kepada penyelesaian melalui perjanjian pinjaman dengan pemilik kilang.

Bagaimanapun, Sycamore Partners tidak memberi sebarang komen lanjut.

Menurut kumpulan hak pekerja antarabangsa, Solidarity Center, perjanjian itu adalah jumlah penyelesaian terbesar pembayaran pampasan di kilang pakaian individu.

Pengarah Negara Solidarity Center Thailand, David Welsh berkata, perkara itu tidak pernah berlaku.

“Kami mahu lebih banyak jenama melakukan perkara sama, tapi malangnya ini bukan yang terakhir kerana akan ada banyak lagi kes seperti ini,” katanya. – AFP, 28 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen