KKM lapor 1,877 jangkitan baharu Covid-19 semalam


Alfian Z.M. Tahir

Lebih 95% atau 25,234 individu sedang menjalani kuarantin di rumah dan hanya 0.1% atau 22 individu dirawat di PKRC akibat Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2022.

MALAYSIA merekodkan 1,877 kes baharu Covid-19 pada Jumaat menjadikan jumlah baharu sebanyak 4,500,934 kes sejak wabak itu bermula, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdapat hanya empat kes import yang dikesan daripada 1,877 manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan.

KKM berkata terdapat 1,680 kes sembuh, menjadikan jumlah kes aktif di Malaysia sebanyak 25,384.

Lebih 95% atau 25,234 individu sedang menjalani kuarantin di rumah dan hanya 0.1% atau 22 individu dirawat di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), kata kementerian itu.

Mengenai jumlah kemasukan ke hospital, hanya 4.3% kes aktif atau 1,098 individu dimasukkan ke wad.

Jumlah kemasukan hospital tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (126) diikuti Johor (94) dan Sabah (67).

Kementerian itu berkata 30 individu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara dengan 18 orang memerlukan bantuan ventilator.

Mengenai jumlah kematian, pihak berkuasa kesihatan merekodkan dua kematian, menjadikan jumlah kematian kepada 35,658.

Kedua-dua kematian itu direkodkan di Selangor.

Pada Mei, 111 kematian Covid-19 direkodkan, manakala pada April negara mencatatkan 564 kematian dan 2,235 kematian pada Mac. – 28 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen