2 pembantu kesihatan direman 5 hari


DUA pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM15,000 berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei.

Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan. – Bernama, 27 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen