MALAYSIA mencatatkan 2,430 jangkitan baharu Covid-19 semalam, meningkat berbanding 1,918 sehari sebelumnya.
Laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan terdapat enam kematian akibat virus itu.
Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 4,497,212.
Kes aktif kini berjumlah 25,172, manakala 35,653 pesakit meninggal dunia.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,272 kes, diikuti Kuala Lumpur (366) dan Pulau Pinang (119).
Negeri Sembilan melaporkan 114 jangkitan, Perak (117), Melaka (99), Johor (72), Kedah (69), Sabah (66), Sarawak (49), Putrajaya (38), Pahang (20), Terengganu (14) , Kelantan (8), Labuan (6) dan Perlis (1),
Pangkalan data GitHub menunjukkan tiga kematian dilaporkan di Johor manakala satu kematian dilaporkan di Sabah, Sarawak dan Putrajaya.
Pada masa ini terdapat 1,076 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 dengan 13 orang berada di unit rawatan rapi, manakala 18 memerlukan bantuan ventilator. – 26 Mei, 2022.
Komen