1,918 kes baharu Covid-19 dilaporkan, 2 kematian


Malaysia lapor kes baharu harian jangkitan Covid-19 semalam sebanyak 1,918 berbanding 1,544 kes pada hari sebelumnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mei, 2022.

MALAYSIA melaporkan kenaikan jumlah kes baharu harian jangkitan Covid-19 semalam sebanyak 1,918 berbanding 1,544 kes pada hari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,494,782 kes.

Laman web CovidNow menunjukkan Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu 831 diikuti Kuala Lumpur (413) dan Pulau Pinang (124).

Negeri lain yang melaporkan jangkitan ialah Negeri Sembilan (118), Melaka (104), Kedah (62), Johor (56), Perak (56), Sabah (52), Sarawak (34), Putrajaya (20), Pahang (19), Kelantan (13), Terengganu (13), Perlis (2) dan Labuan (1).

Sementara itu, negara turut melaporkan dua kematian di Johor.

Sejak bermula pandemik, Malaysia merekodkan 35,647 kematian akibat Covid-19. – 25 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen