Tiada kes cacar monyet diterima KKM setakat ini


KKM mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan cacar monyet seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial. – Gambar Twitter, 24 Mei, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan cacar monyet atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus itu seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial.

KKM dalam hantaran di Twitter menyatakan ia tidak menerima pemakluman berhubung jangkitan itu setakat 5 petang hari ini.

“Sekiranya gambar itu adalah benar, waris kepada kanak-kanak itu dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” katanya.

Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan. – Bernama, 24 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen