OIC, AS adakan dialog strategik


Setiausaha Agung OIC Hissein Ibrahim Taha (kiri) berkata pertubuhan itu menggalakkan anggotanya untuk terlibat dengan dialog bagi meredakan ketegangan dan konflik serta mencari penyelesaian secara aman. – Gambar AFP, 24 Mei, 2022.

PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan dialog strategik di Washington untuk membincangkan isu kepentingan bersama, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

Setiausaha Agung OIC Hissein Ibrahim Taha berkata dialog pusingan pertama itu tepat pada masanya ketika dunia menghadapi cabaran besar yang memerlukan kerjasama dan perpaduan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan persefahaman. 

Beliau berkata OIC menggalakkan anggotanya untuk terlibat dengan dialog bagi meredakan ketegangan dan konflik serta mencari penyelesaian secara aman.

Pada 19 Mei, OIC mengeluarkan kenyataan memaklumkan Hissein akan melawat AS pada 20 Mei untuk mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Setiausaha Negara Antony Blinken dan pegawai kanan Jabatan Negara AS. – Bernama, 24 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen