KKM lapor 1,544 kes baharu Covid-19, 2 kematian


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini 4,492,864 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2022.

SEBANYAK 1,544 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini 4,492,864 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan Selangor catat angka harian tertinggi dengan 828 kes, diikuti Kuala Lumpur (113) dan Pulau Pinang (93).

Di negeri-negeri lain, 86 kes dilaporkan di Melaka, Johor (83), Perak (75), Negeri Sembilan (63), Kedah (55), Sabah (43), Putrajaya (38), Sarawak (27), Kelantan (13), Terengganu (13), Pahang (12), Perlis (1) dan Labuan (1). 

Sementara itu dua kematian Covid-19 direkodkan semalam, kedua-duanya di Selangor.

Seramai 35,645 orang meninggal dunia setakat ini akibat jangkitan Covid-19. – 24 Mei, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen