SEBANYAK 1,817 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4.49 juta kes setakat ini.
Selangor terus catat angka harian tertinggi semalam dengan 768 kes, diikuti Kuala Lumpur (331) dan Pulau Pinang (140).

Sementara itu Portal Github KKM melaporkan dua kes kematian akibat Covid-19, dengan satu kes berlaku di luar hospital (BID).
Dua kematian semalam masing-masing satu direkodkan di Selangor dan Kedah.
Jumlah keseluruhan kematian Covid-19 dalam negara kini 35,643, dengan 7,551 adalah BID.
Kes aktif setakat semalam 26,511 kes, manakala 3,389 kes pulih direkodkan. – 23 Mei, 2022.
Komen