2,021 kes baharu Covid-19, 3 kematian semalam


Raevathi Supramaniam

MALAYSIA melaporkan 2,021 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes negara kini adalah 4,489,502 sejak pandemik bermula.

Laman web CovidNow juga melaporkan tiga kes kematian baharu.

Kes aktif kini berjumlah 28,085 dan jumlah kematian kerana wabak kini berjumlah 35,641, setakat semalam.

Selangor melaporkan kes baharu tertinggi dengan 878 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (345) dan Pulau Pinang (126).

Negeri Sembilan pula melaporkan 125 kes, Melaka (108), Perak (98), Johor (85), Kedah (57), Putrajaya (55), Sarawak (52), Sabah (41), Pahang (25), Terengganu (12), Kelantan (11), Perlis (2) dan Labuan (1). 

Dua kematian direkodkan di Johor dan satu di Pahang, semalam.

Sementara itu, 1,048 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital kini dengan 15 orang berada di unit rawatan rapi dengan 24 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – 22 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen