SEBUAH bandar di Jepun tersilap menghantar AS$360,000 bantuan kewangan kepada sebuah keluarga berkata ia akan memfailkan saman selepas keluarga tersebut enggan memulangkan dana tersebut.
“Kami meminta maaf kerana menimbulkan masalah kepada penduduk, kami kini sedang menyaman isi rumah tersebut,” kata seorang pegawai dari Abu kepada AFP, menambah yang keputusan itu akan diluluskan pada mesyuarat masjlis pada Khamis.
Bulan lepas, sebuah bandar di wilayah barat Yamaguchi, menghantar 100,000 yen (AS$768) kepada 463 keluarga berpendapatan rendah yang terjejas disebabkan pandemik.
Tetapi dalam proses itu, mereka tersilap memindahkan sejumlah 46.3 juta yen kepada sebuah keluarga.
Pegawai kemudiannya bergegas melawat penerima, yang identitinya tidak didedahkan dan diberitahu wang tersebut akan dipulangkan.
Tetapi selepas sejumlah panggilan dan surat susulan dihantar, wang tersebut masih belum dipulangkan.
Apabila mereka sekali lagi melawat keluarga berkenaan, menurut kenyataan dikeluarkan datuk bandar, penerima mengakui “memindahkan wang tersebut dan tidak dapat memulangkannya serta bersedia untuk bertaubat kerana dosa mereka.”
Kejadian itu mendapat liputan meluas di Jepun dengan datuk bandar mengeluarkan video meminta maaf kepada penduduk wilayah itu. – AFP, 22 Mei, 2022.
Komen