SEBANYAK 1,099,250 atau 31% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman sesawang Covidnow, sebanyak 1,665,098 kanak-kanak atau 46.9% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,908,320 atau 93.5% lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,192 atau 96.6% daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, sejumlah 16,077,473 atau 68.3% golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,972,457 atau 97.6% lengkap dua dos dan 23,248,351 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Bagi pemberian dos harian pula, 20,998 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 7,695 dos pertama, 11,286 dos kedua dan 2,017 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,762,530.
Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor manakala satu kes masing-masing di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. – Bernama, 21 Mei, 2022.
Komen