Kes Covid-19 menurun, khidmat disinfeksi tak lagi untung


Ravin Palanisamy

Perkhidmatan disinfeksi atau pembasmian kuman sangat berkembang dan mendapat permintaan tinggi ketika pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mei, 2022.

KETIKA pandemik Covid-19, perkhidmatan disinfeksi atau pembasmian kuman sangat berkembang dan mendapat permintaan tinggi, tetapi kini tidak lagi apabila sekatan pergerakan bagi mengekang penularan itu dilonggarkan, dan negara memasuki fasa endemik.

Syarikat dan individu yang menceburi bidang perniagaan itu berkata pelanggan, yang kebanyakannya pejabat dan premis perniagaan serta sebahagian kecil pemilik kediaman, kini tidak lagi mendapatkan khidmat disinfeksi sekerap dulu.

Pengarah Urusan Kumpulan Gaia Science Sdn Bhd Steven Suresh memberitahu The Malaysian Insight beliau kini tidak lagi menyediakan perkhidmatan itu untuk kawasan komersial dan perumahan kerana permintaan terlalu rendah.

“Saya sudah lama berhenti menyediakan perkhidmatan itu, sejak November tahun lalu.

“Sampai satu masa kami tidak terima sebarang panggilan lagi. Orang ramai juga mula buat kerja disinfeksi sendiri,” katanya.

Suresh berkata sekarang lebih banyak pilihan buat-sendiri untuk kerja membasmi kuman bilik atau permukaan, seperti mesin mini disinfeksi dan semburan basmi kuman, sementara perkhidmatan disinfeksi yang sempurna boleh memberikan “solusi khas”.

Amalan disinfeksi dianggat sangat penting bagi mengurangkan potensi pencemaran virus Covid-19, walaupun masih ada pakar kesihatan membahaskan tentang langkah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang melakukan kerja disinfeksi di jalan raya dan kawasan awam.

Suresh berkata orang ramai sudah mulai faham yang mereka terpaksa hidup dengan virus Covid-19.

Pada masa ini, beliau masih menjalankan khidmat disinfeksi tetapi terhad kepada pelanggan yang makmal khusus.

Katanya, bahan kimia yang digunakan dalam perkhidmatan diberikannya bukan murah, dan itu mungkin antara sebab lagi mengapa orang awam tidak lagi mendapatkan khidmat profesional.

“Kami pakar dalam apa yang kami buat, sebab itu perkhidmatan kami tidak murah.

“Bahan yang kami gunakan agak mahal dan mungkin ramai yang tidak mampu mendapatkannya,” katanya. – 22 Mei, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen