KKM lapor 2,124 kes baharu Covid-19


Elill Easwaran

MALAYSIA merekodkan 2,124 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 2,017 kes sehari sebelumnya.

Data di laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan jangkitan baharu itu menjadikan kes kumulatif kepada 4,485,419 sejak permulaan pandemik.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 892 kes, diikuti Kuala Lumpur (411) dan Perak (125).

Pulau Pinang mencatatkan (114) kes baharu, diikuti Melaka (111), Negeri Sembilan (98), Kedah (70), Johor (62), Sarawak (58), Sabah (56), Putrajaya (46), Pahang (40), Kelantan (17), Terengganu (11), Labuan (7), dan Perlis (6)

Sebanyak lima kematian direkodkan semalam, dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital, menjadikan jumlah kematian Covid-19 kepada 35,630.

Kadar kematian adalah 0.1% dan kadar kematian terkumpul, 0.8%. – 20 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen