Bekas Adun Bersatu sertai Amanah


Ketua Amanah dan PH Melaka, Adly Zahari mengalu-alukan penyertaan Noor Effandi Ahmad ke dalam kem pembangkang. – Gambar Facebook, 19 Mei, 2022.

BEKAS Adun Teluk Mas, Noor Effandi Ahmad yang dipecat daripada Bersatu, menyertai Amanah.

Ia diumumkan oleh Ketua Amanah dan Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari di Facebook hari ini.

Noor Effandi tidak bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka pada November tahun lepas.

Beliau merupakan exco kerajaan negeri di bawah kerajaan PH Melaka, menarik balik sokongannya kepada kerajaan negeri Umno-Bersatu selepas ia mengambil alih berikutan Langkah Sheraton.

Beliau dipecat oleh Bersatu pada Oktober lalu.

Barisan Nasional memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN pada pilihan raya negeri November lalu. – 19 Mei, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen