Kim Jong Un salahkan pegawai kerajaan kes Covid-19 naik


Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kerajaan di Pyongyang hari ini. – Gambar EPA, 18 Mei, 2022.

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un menyalahkan pegawai kerajaan yang disifatkannya malas serta cuai dalam membendung jangkitan Covid-19 di republik itu.

Media kerajaan KCNA hari ini melaporkan Kim begitu berang dengan penularan Covid-19 yang semakin buruk.

Minggu lalu Korea Utara mengesahkan kes Covid-19 yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Semasa mempengerusikan mesyuarat Kim berkata pegawai kerajaan tidak matang menangani krisis, selain menyelar mereka kerana malas dan tidak cekap, lapor KCNA.

Korea Utara melaporkan 232,880 kes bergejala demam dan enam kematian setakat petang semalam.

Laporan KCNA bagaimanapun tidak memperincikan berapa banyak kes yang diuji positif Covid-19. – AFP, 18 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen