2,239 kes baharu Covid-19 semalam


MALAYSIA merekodkan 2,239 kes baharu Covid-19 semalam berbanding 2,373 kes kelmarin.

Laman web CovidNow menunjukkan data terbaru itu menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 4,478,112 kes sejak pandemik mula meledak di Malaysia.

Selangor melaporkan jumlah kes tertinggi semalam dengan 1,148 kes, diikuti Kuala Lumpur (338) dan Pulau Pinang (171).

Negeri Sembilan pula melaporkan 112 kes baharu, Perak (105), Johor (87), Sarawak (30), Melaka (81), Putrajaya (15), Kedah (43), Pahang (28), Sabah (43), Terengganu (17), Kelantan (13), Perlis (6) dan Labuan (2). 

Empat lagi kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu kematian adalah kes dibawa ke hospital (BID), menjadikan jumlah keseluruhan korban wabak negara kini berjumlah 35,618 orang.

Kadar kematian kekal 0.3% dan kadar kematian terkumpul adalah 0.8%. – 16 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen