Ditembak, buta, tetapi lebih semangat main papan selaju


Walau mata sudah tidak berfungsi, pemain papan selaju Zion Ricks-Gaines malah lebih bersemangat dalam usahanya untuk menjadi pesukan papan selaju profesional. – Gambar AFP, 15 Mei, 2022.

DITEMBAK di kedua-dua biji mata sehingga buta sepenuhnya, namun itu bukan penghalang buat Zion Ricks-Gaines daripada terus bermain papan selaju, malah semangatnya lebih tinggi.

“Saya masih mahu jadi pesukan profesional, saya masih mahu capai gelaran pesukan papan selaju profesional,” katanya ketika bersedia untuk meluncur di gelanggang sukan ekstrem di San Francisco.

Kini dia sangat ingin berkongsikan semangatnya itu dengan semua orang yang ditemuinya.

“Saya mahu mulakan lebih banyak program papan selaju untuk pelajar. Saya rasa saya tidak akan nampak peluang itu jika tidak buta..”

Kehidupan Zion mula tergelincir selepas seorang lelaki mabuk menembak dia dan kawan-kawannya di luar sebuah bar.

Dia ditembak dua kali. Satu peluru memusnahkan mata kanannya; yang satu lagi peluru memecahkan soket di belakang matanya, menyebabkan ia kempis dan layu.

Sejak itu dia hidup dalam kegelapan. (“Ia semacam langit malam brwarna ungu… Tanpa bintang”)

Dia kini dipasang dengan mata palsu.

Tidak puas dengan mata palsu yang biasa-biasa, dia memilih untuk mengenakan mata palsu dengan logo jenama papan selaju terkenal, Spitfire bergrafikkan kepala api.

Tidak lama kemudian dia kembali ke gelanggan papan selaju, melakukan apa yang dia lakukan sejak berumur 12 tahun.

“Apabila saya melompat di atas papan selaju saya, saya rasa seperti saya ada sesuatu untuk dihubungkan dengan kehidupan lama saya,” katanya.

“Saya rasa bahu saya macam berat.”

Sesiapa yang telah meluangkan masa di gelanggang sukan tersebut akan kagum dengan pencapaian keseimbangan dan keberanian yang luar biasa pada paparan kasual.

Pemain skate tanpa topi keledar melompat di ramp hingga terbang beberapa kaki ke udara, sambil papan selaju mereka berputar di bawah kaki mereka sebelum kaki menyambar papan selaju itu dan mendarat turun dengan kelajuan yang menganggumkan.

Rel logam enam kaki menawarkan peluang untuk pemain bergelongsor dan membuat trik, atau sakit tulang rusuk juka tidak sempurna.

“Apabila saya menghampiri halangan baru, saya biasanya merasakannya dengan tongkat saya, atau bertanya kepada rakan-rakan apa yang mereka lihat, bagaimana ia disediakan, apa yang perlu saya cuba perhatikan.

“Dan saya hanya berusaha dan mencari perkara yang paling saya selesa.”

Ia membantu bahawa dengan tujuh tahun meluncur, banyak perkara yang perlu dilakukan oleh tubuhnya adalah ingatan otot, katanya.

“Jika saya mahu buat trik, saya tahu saya boleh buat dan tidak takut untuk jatuh.”

Walaupun jatuh, dia tetap bangun semula dan terus sambung cuba lagi.

“Sepanjang masa,” katanya ketawa. “Tetapi itu hanya sebahagian daripadanya.

“Kini saya kerap jatuh berbanding dulu, tetapi ia bukan sebab main papan selaju. – AFP, 15 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen