Hayati nilai toleransi, kasih sayang sempena Hari Wesak, kata PM


Hari Wesak disambut bagi memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi serta kasih sayang, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Mei, 2022.

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sempena sambutan Hari Wesak, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau berkata perayaan itu disambut bagi memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi serta kasih sayang. 

Perdana menteri berkata semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati dengan penuh harmoni.

“Selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia.

“Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya. – Bernama, 15 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen