KKM lapor 2,373 kes baharu Covid-19


Noel Achariam

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi Covid-19 semalam dengan 1,089 kes, diikuti Kuala Lumpur (359) dan Pulau Pinang (189). – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2022.

MALAYSIA mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 kepada 2,373 kes semalam, berbanding 3,029 kes sehari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman web CovidNow, jumlah jangkitan sejak permulaan wabak ialah 4,475,873 kes.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,089 kes, diikuti Kuala Lumpur (359) dan Pulau Pinang (189).

Negeri Sembilan mencatatkan 162 kes baharu, Perak (116), Johor (55), Sarawak (48), Melaka (97), Putrajaya (53), Kedah (51), Pahang (58), Sabah (51), Terengganu (25), Kelantan (11), Perlis (6) dan Labuan (3).

KKM juga melaporkan lima kematian Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 35,612.

Terdapat satu kes diklasifikasikan kematian di luar hospital.

Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Selangor dan Terengganu masing-masing mempunyai satu kematian.

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 47 orang, di mana 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 15 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen