Lebih 28% kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19


Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3%) menerima vaksinasi penuh. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mei, 2022.

SEJUMLAH 1,019,609 atau 28.7% kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5%) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3%) menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,060,675 (68.3%) golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,970,710 (97.6%) lengkap dua dos dan 23,246,079 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah. – Bernama, 14 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen