MALAYSIA mencatat sedikit penurunan kes baharu Covid-19 kepada 3,029 kes semalam, berbanding 3,410 kes sehari sebelumnya.
Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak adalah 4,473,500 kes.
Selangor merekod jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,286 kes diikuti Kuala Lumpur (501) dan Pulau Pinang (229).
Negeri Sembilan mencatat 208 kes baharu, Perak (175), Johor (126), Sarawak (57), Melaka (108), Putrajaya (88), Kedah (61), Pahang (58), Sabah (78), Terengganu (23), Kelantan (21), Perlis (8) dan Labuan (3).
Kementerian Kesihatan juga melaporkan lima kematian Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,607.
Selangor melaporkan dua kematian manakala Perak, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing satu kematian.
Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) seramai 42 orang, 33 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 14 Mei, 2022.

Komen