KKM lapor 3,410 kes baharu Covid-19, 4 kematian


Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini 4.47 juta kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2022.

SEBANYAK 3,410 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, naik sedikit berbanding 3,321 yang dicatatkan pada Rabu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini 4,470,471 kes, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web CovidNow.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 26,826.

Selangor paling tinggi catat angka harian Covid-19 semalam iaitu 1,691 kes, diikuti Kuala Lumpur (455) dan Perak (199).

Di negeri-negeri lain, Negeri Sembilan catat 195 kes, Pulau Pinang (192),  Melaka (136), Johor (126), Kedah (83), Putrajaya (79), Pahang (57), Sabah (57), Sarawak (54), Kelantan (32), Terengganu (34), Perlis (10) dan Labuan (10). 

Semalam juga sebanyak empat kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 35,602.

Data GitHub menunjukkan dua kematian dilaporkan di Perak, manakala Perlis dan Selangor masing-masing satu kes.

Seramai 1,328 kes positif Covid-19 dirawat di hospital semalam, dengan 51 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi. Seramai 34 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – 13 Mei, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen