MALAYSIA merekodkan 2,605 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kata Kementerian Kesihatan.
Laman web CovidNow menunjukkan bahawa jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kes kumulatif kepada 4,463,740 sejak permulaan wabak.
Sementara itu, enam kematian direkodkan semalam, dengan Kuala Lumpur menyumbang dua kematian, diikuti Johor (1), Kedah (1), Perlis (1), dan Selangor (1).
Kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kepada 35,590.
Lembah Klang menyumbang 1,478 kes baharu – 1,126 daripadanya di Selangor, 327 di Kuala Lumpur, dan 25 di Putrajaya.
Lembah Klang menyumbang 1,478 kes baharu – 1,126 daripadanya di Selangor, 327 di Kuala Lumpur, dan 25 di Putrajaya.
Kadar kematian adalah 0.3% dan kadar kematian terkumpul, 0.8%. – 11 Mei, 2022.

Komen