Loceng katedral AS berbunyi 1,000 kali untuk 1 juta kematian Covid-19


Loceng di Katedral Nasional Washington berbunyi 1,000 kali semalam yang mana setiap angka mewakili 1,000 kematian akibat Covid-19. – Gambar EPA, 10 Mei 2022.

LOCENG di Katedral Nasional Washington berbunyi 1,000 kali semalam dengan setiap angka mewakili 1,000 kematian akibat Covid-19, ketika Amerika Syarikat (AS) mencatat pencapaian suram hampir sejuta kematian akibat wabak itu.

AS berdepan kematian Covid-19 paling tertinggi berbanding negara lain mendahului Brazil, India dan Rusia.

Sehingga semalam lebih 995,000 kematian dicatatkan akibat virus itu, menurut data terkini daripada Universiti Johns Hopkins.

Loceng dibunyikan sekitar jam 6 petang semasa siaran penghormatan secara langsung di YouTube dengan setiap detingan mewakili 1,000 kematian akibat penyakit itu.

Loceng itu sebelum ini berbunyi apabila AS melepasi peristiwa penting simbolik lain dalam wabak itu seperti pada September 2020 ketika negara itu mencatatkan 200,000 kematian.

“Hari ini kita mencapai kejayaan menyedihkan di negara kita apabila sejuta rakyat Amerika meninggal dunia akibat Covid-19,” kata dekan katedral Randolph Marshall Hollerith.

AS menyaksikan peningkatan dalam jumlah kes harian sejak beberapa minggu lalu selepas mandat pemakaian penutup muka kini hanya disarankan di dalam bangunan untuk majoriti penduduk negara itu.

Jumlah kematian yang dikaitkan dengan wabak itu bagaimanapun perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sebanyak 900,000 kematian dicatatkan pada Februari, tiga bulan lalu manakala 800,000 pada Disember, lonjakan yang sama dicapai selepas hanya sebulan setengah.

Apabila pencapaian setengah juta orang terkorban dicatatkan pada Februari 2021, Presiden AS Joe Biden menyatakan jumlah itu lebih besar daripada “Perang Dunia I, Perang Dunia II dan Perang Vietnam apabila digabungkan”.

Secara keseluruhan pandemik Covid-19 menyebabkan antara 13 dan 17 juta kematian di seluruh dunia antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021, menurut anggara terbaru daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – AFP, 10 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen