BERPECAH dan terdesak untuk menjadi “YB” adalah punca mengapa pemimpin pembangkang Sabah membentuk parti mereka sendiri, kata Timbalan Ketua Menteri Yahya Hussin hari ini.
Sabah mempunyai bilangan parti politik terbesar dalam negara ini dengan 31 semuanya dan hanya lapan dalam gabungan Barisan Nasional (BN), kata beliau.
“Kebanyakan parti yang tinggal adalah pembangkang. Ia menunjukkan mereka (pemimpin pembangkang) tidak mempunyai perpaduan dan berpecah.
“Mungkin, satu-satunya keutamaan mereka ialah untuk menjadi calon dan YB (wakil rakyat).”
Yahya berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama kepada penjawat awam dari pelbagai agensi persekutuan dan negeri di daerah Putatan.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Putatan Marcus Mojigoh.
Sebanyak 13 parti baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas Pilihan Raya Umum 2013 berikutan gesaan pengundi Sabah agar pembangkang bekerjasama untuk memungkinkan pertembungan satu lawan satu pada masa itu.
Terdapat juga pergerakan masyarakat sivil yang lantang - “5 on 5” - yang pemimpinnya termasuk bekas setiausaha negara Simon Sipaun menggesa pertembungan satu lawan satu pada pilihan raya sebelumnya.
Putrajaya meluluskan semua 13 parti, dan bukannya pejabat RoS Sabah, menurut pengarahnya, Nelbon Tulis.
Baru-baru ini, Warisan, Parti Harapan Rakyat Sabah, Parti Cinta Sabah, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Kebangsaan Nasional Sabah dan Parti Ekonomi Rakyat Sabah menyertai perbalahan tersebut.
Walaupun banyak parti pembangkang berjanji untuk mengembalikan semula hak istimewa negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963, pemimpin pembangkang Sabah gagal membentuk sebarang kerjasama politik untuk memenangi pilihan raya.
Perbincangan kerjasama pilihan raya antara Warisan dan Pakatan Harapan (PH), sudah merebak tetapi pemimpin belum memulakan rundingan kerusi walaupun PRU14 perlu diadakan sebelum Ogos.
Ini menunjukkan pembangkang tidak seperti BN, kata Yahya.
“BN sudah selesai dari segi jentera dan pembahagian kerusi… Semua keputusan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti dalam BN, dan semua ahli akan menyokong mereka.
“Pemimpin kita memikiran perpaduan dan oleh itu, sifat ini akan menjadikan BN satu pakatan yang tepat untuk membangun dan mentadbir Sabah.” – 15 Februari, 2018.
Komen