Bersih syor undang-undang pecat wakil rakyat lompat parti


Pilihan raya pecat wakil rakyat adalah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah lompat parti, kata Bersih. – Gambar EPA, 9 Mei, 2022.

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengesyorkan supaya kerajaan menggubal Undang-undang Anti Lompat Pecat Wakil Rakyat bagi mengatasi masalah lompat parti.

Undang-undang tersebut akan menentukan sama ada kerusi wakil rakyat yang melompat parti patut dikosongkan atau tidak, kata jawatankuasa pemandunya.

Pilihan raya pecat wakil rakyat adalah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah lompat parti kerana ia akan memastikan wakil rakyat bertanggungjawab ke atas kawasan serta membolehkan sistem parti berkembang dan stabil.

“Asas dalam demokrasi ialah pengundi memilih wakil rakyat untuk mewakili aspirasi mereka, yang bertanggungjawab ke atas pengundinya,” kata Bersih dalam pandangan bertulis kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan pindaan perlembagaan bagi menyekat lompat parti.

Tambahnya, keputusan untuk menukar parti selepas pilihan raya mesti dipersetujui pengundi yang memilihnya dan bukan keputusan mutlak wakil rakyat.

Bersih selain itu juga mencadangkan supaya petisyen pemecatan wakil rakyat dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan manakala rang undang-undang antilompat parti diperkenalkan sebagai undang-undang berasingan di Parlimen. – 9 Mei, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen