Kerajaan tidak stabil masih boleh laksana pembaharuan, kata ahli Parlimen


Aminah Farid

Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata kerajaan yang tidak stabil masih boleh melaksanakan banyak pembaharuan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2022.

KERAJAAN yang tidak stabil masih boleh melaksanakan banyak pembaharuan termasuk meluluskan undang-undang antilompat parti, kata Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Dan oleh kerana tidak stabil kerajaan telah berunding dan mencapai persetujuan dengan pembangkang, seperti memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mencapai kestabilan politik, katanya.

“Kita selama ini mempercayai kerajaan terbaik adalah kerajaan yang kuat. Tetapi bagi saya kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang mencerminkan banyak pandangan.

“Sesebuah kerajaan yang lemah, atau kerajaan campuran mungkin akan membawa pembaharuan yang kita perlukan,” ujar ahli Parlimen PKR itu pada forum di Wisma Badan Peguam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Wong, meluluskan undang-undang bukan satu kerja mudah kerana ia memerlukan rundingan dan tolak ansur, namun sekarang adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian kerana tiada parti atau mana-mana gabungan yang mampu berdiri sendiri dalam situasi politik ketika ini.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH yang dimeterai pada 13 September 2021 berkuatkuasa sehingga Parlimen bubar, tetapi pada masa sama menetapkan Parlimen tidak boleh dibubar sebelum 31 Julai ini.

New Sin Yew dari Majlis Peguam yang turut menyertai forum sama juga berkata sekarang masa yang paling sesuai untuk meluluskan rang undang-undang antilompat parti. – 9 Mei, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen