Gempa bumi kuat landa timur Taiwan


Gempa bumi berlaku di 89.5 kilometer di timur Kaunti Hualien Hall pada kedalaman 27.5 kilometer. – Gambar EPA, 9 Mei, 2022

GEMPA bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).

Gempa bumi berlaku di 89.5 kilometer di timur Kaunti Hualien Hall pada kedalaman 27.5 kilometer, lapor Pusat Seismologi Biro Cuaca.

Gegaran paling kuat dirasai di Kaunti Yilan Kaunti, iaitu pada skala tiga daripada keseluruhan skala tujuh.

Turut merasai gegaran pada skala tiga penduduk di Kaunti Hualien, New Taipei, Taipei dan Kaunti Taitung, manakala bahagian lain merekodkan skala satu atau dua. 

Tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini. 

Selain itu, gegaran susulan bermagnitud 5.4 dilaporkan berlaku di kawasan yang sama kira-kira seminit kemudian. – Bernama, 9 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen