PKR memilih untuk mengekalkan pilihan terbuka mengenai siapa yang mahu bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana ia adalah perkara yang “betul” untuk dilakukan, kata Saifuddin Nasution Ismail.
Perbincangan atau pertemuan (namun) tidak bermakna ia ‘khemah besar’,” kata setiausaha agung PKR itu kepada Malay Mail dalam satu wawancara yang diterbitkan hari ini.
Saifuddin bagaimanapun menolak Bersatu kerana ia adalah parti dalam kerajaan.
“Bagi Bersatu, ia adalah parti dalam kerajaan. Jika kita mahu mengukuhkan blok pembangkang, Bersatu tidak menepati kriteria ini dan itu antara kedudukan kita setakat pendekatan ‘khemah besar’ ini.
“Perkara utama yang kami tekankan ialah untuk PKR komited, anda mesti menghormati proses dan langkah itu mesti terus mengukuhkan parti,” kata bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu.
Saifuddin, yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR, mengulas mengenai keutamaannya untuk pendekatan “khemah besar” berbanding pesaingnya Rafizi Ramli.
Mengenai perkara ini katanya, keutamaan PKR adalah untuk mengukuhkan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 dan memberi isyarat bahawa gabungan itu terbuka untuk perbincangan.
“Ia adalah kenyataan terbuka tanpa memberi komitmen kepada mana-mana pihak. Dalam politik anda mesti terlebih dahulu memberikan isyarat yang jelas bahawa anda bersedia untuk bercakap kerana politik adalah seni perundingan.
“Keputusan Pakatan sentiasa dibuat atas konsensus. Contohnya jika anda bertanya kepada Amanah sama ada mereka akan bekerjasama dengan PAS, saya rasa kebanyakannya akan mempunyai keraguan yang kuat.
“Pada mulanya jika anda bertanya kepada DAP sama ada mereka akan bekerjasama dengan Warisan — selepas mereka membuat pengumuman untuk ke Semenanjung Malaysia — siapakah pemimpin pertama yang menyambutnya? Ia adalah Lim Guan Eng.
“Sekarang jika anda bertanya kepada Guan Eng sama ada dia bersedia untuk bekerja dengan Warisan, TIDAK! Tidak sama sekali, kerana beliau (Shafie Apdal) mengambil beberapa ahli exco mereka di Pulau Pinang. Jadi politik yang anda lihat adalah dinamik,” kata Saifuddin. – 9 Mei, 2022.
Komen