2,153 kes baharu Covid-19


MALAYSIA merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan 2,153 kes semalam, berbanding 1,251 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak ialah 4,458,889 kes.

Selangor merekodkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 1,157 kes, diikuti Kuala Lumpur (261) dan Pulau Pinang (156).

Negeri Sembilan merekodkan 105 kes baharu, Perak (91), Johor (81), Sarawak (34), Melaka (63), Putrajaya (7), Kedah (63), Pahang (35), Sabah (29), Terengganu (34), Kelantan (25), Perlis (6) dan Labuan (6).

Kementerian Kesihatan turut melaporkan empat kematian Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 35,582.

Terdapat tiga kes yang diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital.

Selangor melaporkan dua kematian, manakala Perak dan Kedah masing-masing melaporkan satu kematian.

Sementara itu jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 88 orang, yang mana 59 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 9 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen