KURANG kejelasan dalam keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan beberapa kes berprofil tinggi mencetuskan pelbagai spekulasi negatif, kata pakar perundangan.
Mengulas keputusan AGC untuk mengugurkan dakwaan terhadap pembekal minyak dan gas, Serba Dinamik, serta penyelesaian luar mahkamah dengan bekas peguam negara Apandi Ali, mereka berkata AGC berhutang penjelasan kepada rakyat mengapa dan kenapa keputusan seperti itu dibuat.
Peguam Alex De Silva berkata AGC perlu jelas dalam keputusannya walaupun ia berhak buat keputusan mengugurkan atau meneruskan pendakwaan.
“Ia seolah-olah autoriti Suruhanjaya Sekuriti diperlekeh (kerana AGC tidak mendakwa),” kat De Silva.
“Satu-satunya sebab mengapa kita ada SC adalah untuk menyelia dan mengawal syarikat tersenarai awam dan peranan mereka.
“Jika kuasa SC kelihatan dipersoal, ia akan menghantar mesej yang salah.”
De Silva berkata bukanlah sesuatu yang luar biasa AGC mengugurkan dakwaan dan mengenakan denda, seperti dalam kes Goldman Sachs, tetapi masih wujud keperluan untuk mereka menjelaskan keputusan tersebut.
“Perlu ada sebarang bentuk penjelasan daripada AGC, walaupun mereka tidak diperlukan berbuat demikian (oleh undang-undang). Mereka wajar menjelaskan mengapa keputusan itu dibuat.
“Perletakan jawatan pengerusi eksekutif SC dan pegawai kanan juga tidak membantu (menjernihkan keadaan),” katanya.
Disember lalu, SC mengenakan dakwaan ke atas pengarah dan pegawai Serba Dinamik kerana menghantar maklumat palsu kepada Bursa Malaysia, satu kesalahan di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM3 juta jika sabit bersalah.
Ia juga mendapatkan waran tangkap kepada CEO syarikat dan Pengarah Urusan Mohd Abdul Karim Abdullah.
Bagaimanapun, awal bulan ini, setiap tertuduh digugurkan dakwaan dan digantikan dengan kompaun RM3 juta.
Ini berlaku selepas pendakwaraya wam menerima perwakilan individu dan Serba Dinamik yang dihantar kepada AGC.
Badan Peguam juga turut meluahkan kerisauan di atas kekurangan ketelusan dalam keputusan diambil AGC terhadap kes Serba Dinamik yang seterusnya menolak cadangan SC. – 8 Mei, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen