SEBANYAK 1,251 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, dengan hampir 60% dikesan di Lembah Klang, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 4,455,364 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.
Selangor masih paling tinggi catat angka harian jangkita Covid-19 dengan 438 kes, diikuti Kuala Lumpur (284) dan Pulau Pinang (100).

KKM juga melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19, dengan dua daripadanya meninggal dunia bukan di hospital (BID). Selangor dan Kedan masing-masing melaporkan dua kes BID.
Jumlah kematian setakat ini 35,576 orang.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu kes aktif turun kepada 26,099 berikutan 2,599 kes disahkan pulih.
Sementara itu, seramai 76 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi setakat semalam, dengan 39 memerlukan bantuan pernafasan. – 7 Mei, 2022.
Komen