Tindakan Singapura terhadap peguam Nagaenthran melampau, kata LFL


Elill Easwaran

Tindakan pihak berkuasa Singapura ke atas peguam mewakili Nagaenthran Dharmalingam yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menyeludup dadah keterlaluan, kata LFL. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mei, 2022.

PEGUAM hak asasi manusia Singapura M Ravi, yang baru-baru ini membela rakyat Malaysia Nagaenthran Dharmalingam yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menyeludup dadah, telah dikenakan pelbagai tindakan tatatertib selain tuduhan menghina mahkamah dan laporan polis, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Tindakan pihak berkuasa Singapura ke atas Ravi keterlaluan, tambah kumpulan hak asasi manusia itu dalam kenyataan hari ini.

“Ini akan menjejaskan profesionnya sebagai peguam, yang seterusnya membawa kepada risiko dipenjarakan,” kata Ketua Penyelaras LFL Zaid Malek.

Zaid berkata Ravi kini berdepan tujuh tindakan tatatertib berasingan yang boleh menyebabkan peguam itu didenda, digantung kerja atau hilang kerjaya.

“Beliau juga berdepan tiga tuduhan menghina mahkamah, serta tiga siasatan polis.”

Sementara itu, penasihat LFL N Surendran memberitahu The Malaysian Insight, Ravi sebelum ini beberapa kali tidak dapat mewakili Naegenthran susulan tindakan tatatertib yang dikenakan ke atasnya.

“Pihak berkuasa mengenakan banyak tindakan tatatertib dan tuduhan menghina mahkamah untuk menggantung sementara lesennya.

“Sebab itu Ravi tidak dapat mewakili Naegenthran minggu lepas,” katanya. – 5 Mei, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen