1,054 kes baharu Covid-19, 3 kematian


Malaysia lapor sedikit peningkatan kes baharu Covid-19 semalam dengan 1,054 kes, berbanding 922 kes pada Selasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mei, 2022.

MALAYSIA merekodkan sedikit peningkatan kes baharu Covid-19 semalam dengan 1,054 kes, berbanding 922 kes pada Selasa.

Menurut laman web CovidNow, angka itu menjadikan jumlah kumulatif 4.45 kes jangkitan sejak pandemik bermula.

Selangor melaporkan 547 jangkitan semalam, diikuti Kuala Lumpur (113), Pulau Pinang (60), Negeri Sembilan (59), Johor (50), Kedah (40), Perak (37), Sarawak (32), Sabah (23), Pahang (22), Putrajaya (21), Melaka (20), Terengganu (14), Kelantan (12), Perlis (2) dan Labuan (2).

KKM turut melaporkan tiga kematian semalam, menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 35,567.

Dua kematian dilaporkan di Selangor, dan satu di Perak.

Seramai 74 pesakit dirawat di unit rawatan rapi di seluruh negara, di mana 41 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 5 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen