Tempoh kuarantin Covid-19 di Jerman cuma 5 hari


Seorang wanita menunggu keputusan saringan di sebuah stesen ujian Covid-19 di Wuerzburg, Jerman.– Gambar AFP, 4 Mei, 2022.

MEREKA yang dijangkiti Covid-19 di Jerman kini hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari, kata Menteri Kesihatan Karl Lauterbach pada Selasa.

Sebelum ini mereka yang dijangkiti perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Menurut Lauterbach, kuarantin wajib hanya terpakai kepada mereka yang dijangkiti tidak termasuk kontak rapat, lapor Xinhua.

Kes Covid-19 di Jerman pada Selasa terus menunjukkan trend penurunan iaitu 632.2 jangkitan bagi setiap 100,000 rakyat manakala jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam turun kepada 113,522. – Bernama, 4 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen