Telefon bimbit PM, menteri pertahanan Sepanyol digodam


Telefon bimbit Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez digodam sistem Pegasus. – Gambar EPA, 3 Mei, 2022.

TELEFON bimbit milik Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez dan Menteri Pertahanan Margarita Robles digodam sistem Pegasus, kata seorang menteri Kabinet pada Isnin.

Sistem itu merakam perbualan secara tidak sah kata Felix Bolanos, memetik laporan teknikal pusat kriptologi kebangsaan Sepanyol pada sidang akhbar bersama dengan jurucakap kerajaan Isabel Rodriguez, lapor Xinhua.

Beliau berkata, percubaan sebelum ini untuk mengintip telefon bimbit Sanchez pernah dilaporkan pada Mei 2021, sebulan kemudian telefon Robles pula dilaporkan digodam.

Bolanos berkata, maklumat mengenai insiden itu sudah diberikan kepada badan kehakiman supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Kami melaporkan fakta berdasarkan bukti yang boleh dipercayai. Ia bukan andaian,” katanya. – Bernama, 3 Mei, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen